0
0
Terkini ‼️ Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memuat naik status di media sosial beliau dengan mengatakan, "Saya dah tutup pintu depan tapi..." Nampak seperti beliau ingin memberi petunjuk tentang apa yang berlaku ketika ini. Dengar cerita banyak syarikat diberi kelulusan untuk beroperasi 😔
0
0
Penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China dikesan di ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu semalam Insiden pesawat tentera udara China masuk ruang udara negara merupakan perkara serius kepada ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan. Kredit: TUDM
0
0
Pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools telah diumumkan sebagai pemain ke-26 Harimau Malaya. Untuk pengetahuan korang, Dion Cools pernah beraksi bersama skuad Belgium bawah 19 tahun dan merupakan satu-satunya pemain Malaysia yang pernah bermain di UEFA Champions League bersama kelabnya, FC Midtjylland. Semoga khidmat beliau dapat membantu Malaysia layak ke Piala Asia, InshaAllah 👍 Kredit: FAM
0
0
Terkini ‼️ Perutusan Khas Perdana Menteri ( Bantuan PKP 3.0) ➡️ Program bantuan pemerkasa tambahan (RM40 Bilion) ➡️ Percepat pemberian Vaksin ➡️ Aset kerajaan digerakkan untuk memudahkan warga emas ke PPV ➡️ RM2.1 Bilion untuk tambah Kadar bantuan prihatin rakyat ➡️ BPR Tambahan RM500 isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 ➡️ BPR Tambahan RM300 isi rumah Berpendapatan RM2,501 - RM5,000 ➡️ BPR Tambahan RM100 untuk orang Bujang ➡️ Bantuan pembayaran balik dan moratorium Psst: Antara yang diumumkan oleh PM tadi.
0
0
Instafamous dikecam selepas menghina orang Johor dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Psst: kenapa laa orang kita ni bila bergurau tak fikir panjang. Lepas tu minta maaf untuk tutup kesalahan 😔
0
0
Seorang wanita mengaku sebagai pengurus media sosial Instagram ibu Neelofa, Noorkartini. Beliau telah memohon maaf dan katanya tidak mempunyai niat. Manakala tulisan asal pada posting tersebut bukan dari beliau dan Noorkartini. Psst: Tengok IG pengurus beliau nampak seperti tidak berapa aktif. Apa-apa pun tunggu keputusan daripada pihak berkuasa.
0
0
Kenyataan Menghina Sultan Johor Melalui Story Instagram ‼️ Siasatan awal pihak Polis mendapati suspek berumur 32 tahun mengaku tersilap menggunakan instagram milik pengadu dengan membuat posting di instastory instragram milik pengadu. Psst: Kes dalam siasatan. Semoga pelaku diberikan hukuman yang setimpal. Kita boleh nampak posting tersebut dilakukan dengan niat ☺️ Kredit: IPD Brickfield
0
0
Selepas Neelofa kini ibunya Noorkartini pula cetus kontroversi. Jangan ingat bila kita ni berduit dan kaya boleh bertindak sesuka hati. Sultan Johor tu bukan orang biasa-biasa. Jadi hormat sikit. Psst: Tunku Idris dah mula bersuara. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya 😊
0
0
Terkini ‼️ ➡️ PKP Penuh seluruh negara selama 2 minggu. ➡️ Semua aktiviti ekonomi & sosial tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi. ➡️ Semua sektor perkilangan tidak dibenarkan kecuali 12 (perkhidmatan perlu). ➡️ Masa operasi perniagaan 8.00 Pagi sehingga 8.00 Malam. ➡️ Hanya 2 orang dalam satu kereta boleh keluar rumah untuk membeli barang keperluan makanan dan ubat-ubatan. ➡️ Pergerakan tidak melebihi 10KM. ➡️ Maklumat lebih details boleh rujuk di website MKN.
0
0
Terkini ‼️ Syukur, ada penurunan kes pada hari ini 🤲 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,999 kes (30 Mei 2021) Selangor - 2,477 (184,815) Sabah - 190 (62,037) WPKL - 616 (58,267) Johor - 433 (57,894) Sarawak - 513 (46,675) Pulau Pinang - 248 (28,298) Kelantan - 612 (27,093) Negeri Sembilan - 468 (26,052) Perak - 212 (20,379) Kedah - 422 (18,445) Melaka - 202 (11,734) Pahang - 239 (9,358) Terengganu - 214 (8,567) WP Labuan - 133 (3,556) WP Putrajaya - 13 (1,864) Perlis - 7 (499)
0
0
Lockdown Fasa 1 akan berkuatkuasa pada tarikh 1 Jun 2021. InshaAllah kami akan terus berkhidmat untuk semua. Korang semua cuti di kediaman dan rumah masing-masing manakala kami bekerja. Tolong sayangkan persekitaran dan pastikan ia dalam keadaan yang bersih dan sihat. sampah hendaklah di isi dalam tong, jangan hanya baling di luar kawasan tong yang disediakan. Kudrat kami untuk jangka masa yang panjang. Terima kasih kepada yang sayang dan doakan kami semua 😊 Lokasi: Kedah Kredit: Muhamad Akram Husni
0
0
Brentford FC layak ke Liga Perdana Inggeris musim depan selepas berjaya menewaskan Swansea 2-0 pada perlawanan Akhir Championship Play-Off sebentar tadi. Psst: bakal jadi pencabar terbaru MU, Kah!
0
0
Hampir 100 Kematian dicatatkan hari ini 😔 Ini merupakan angka kematian harian tertinggi dilaporkan di Malaysia setakat ini. #KitaJagaKita
0
0
Trafik sesak di laluan tol gombak hala Bentong dan tol sungai besi hala ke selatan. Korang nak pergi mana pagi-pagi ni? Kalau ada yang nak lari balik kampung mohon kompaun terus. Kredit: IrARB
0
0
PKP Penuh atau "Total Lockdown" fasa pertama di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021 Hanya sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu dibenarkan untuk beroperasi. Semuanya akan disenaraikan oleh MKN nanti. Psst: Alhamdulilah, ini adalah keputusan yang terbaik untuk menurunkan kes Covid-19 👍
0
0
Aduhhh. Macam mana Seremban boleh ada dekat Selangor ni 😂 Psst: Ekau yang tinggal kek Kuala Pilah samo Rembau tu duduk rumah ontok-ontok yo. Den dah mulo ghisau ni 😅
0
0
Ustaz Ebit Lew kini berada di Mesir dan sedang membeli barang keperluan asas serta ubat-ubatan. Kesemuanya akan dihantar menggunakan 2 treler dan beberapa lori ke Hospital di Gaza. Jaga diri Ustaz, kami rakyat Malaysia sentiasa berdoa agar segala urusan Ustaz dipermudahkan 🤲❤️
0
0
Allahu, Kes dah semakin hampir ke 8,000 ‼️ Hari ini sahaja 7,857 kes dilaporkan. Pastikan korang semua patuh SOP dan lakukan kuarantin kendiri. #KitaJagaKita
0
0
Kahwin dengan orang luar negara bukan jadi sebab untuk biadab dengan budaya tempatan negara sendiri. Update : Ryzal telah membuat permohonan maaf
0
0
Trending Terkini Di Oh! Media Berikut adalah rangkuman isu yang sedang trending di www.ohmedia.my/
0
0
Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan serta merta. Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Kewangan. Psst: Mantap Pak Din 👍
0
0
Breathonix breathalyser test kit ‼️ Alat pengesan Covid-19 dari Singapore ini sangat mudah digunakan. Hanya perlu tiup/hembus nafas dan keputusan boleh dapat dalam masa 1 minit. Untuk pengetahuan korang, kajian telah dijalankan kepada 180 pesakit dan berjaya mengesan sehingga 95% virus Covid-19. Kerajaan Singapore sudah bersetuju dan dengar khabar Malaysia juga berminat nak beli. Kalau betul tak perlu lagi swab di tekak dan hidung selepas ini.
0
0
Mohon semua yang masih belum tidur doakan Hero Malaya, Ustaz Ebit Lew yang akan ke Misi Kemanusiaan Gaza, Pelestin. Semoga Ustaz selamat pergi dan pulang serta dipermudahkan segala urusan di sana ❤️
0
0
Kes hari ini sudah melebihi 7000+‼️ Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan pada 25 Mei 2021 adalah 7,289 kes. Selangor : 2,642 kes Sabah : 266 kes Johor : 664 kes WPKL : 604 kes Sarawak : 513 kes Pulau Pinang : 380 kes Negeri Sembilan : 410 kes Kelantan : 425 kes Perak : 218 kes Kedah : 336 kes Melaka : 258 kes Pahang : 211 kes Terengganu : 268 kes WP Labuan : 63 kes WP Putrajaya : 23 kes Perlis : 8 kes